Friday, June 26, 2009

Only12 ISA detainees left in Kamunting: Hishammuddin

The Sun
Husna Yusop and Giam Say Khoon

KUALA LUMPUR (June 25, 2009): There are only 12 Internal Security Act (ISA) detainees left in Kamunting, comprising six Malaysians and six foreigners, says Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


He said eight of them were still under detention for involvement in miltant activities and the others for forging documents.

Hishammuddin said since 2004, 100 individuals were detained under the ISA for forging of documents (29), duplication of RM1 coins (17) and involvement in Hindraf five), Darul Islam (17), Jemaah Islamiah (18) and Malaysian Militant Group (one).

Others were also cases of producing writings that insulted Islam (one), smuggling of illegal immigrants (one), acting as foreign intelligence agents (seven), Southern Thai Separatist Movement (three) and nuclear component supplier (one).


Replying to questions from Datuk Mohd Jidin Safee (BN-Setiu) and Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Hishammuddin said several political party leaders were also detained under the ISA.


"However, the government would like to stress here this was not based on political offence or agenda. It was based on the individuals' activities which threatened the country's security and public order," he said.


To a supplementary question from Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Hishammuddin said cases involving terrorists or militants, with extensive global networking, could not be solved within days.

"The Opposition MPs should not twist the facts. Our investigations, including the witnesses we questioned, cannot be exposed to the public, otherwise, it will affect their safety.


"Do not simply accuse us. What the Barisan Nasional (BN) government is doing is actually for your own good, to take care of the safety of the MPs here too," he said, adding Lo' Lo' can raise any specific case in the Dewan and she will get the replies.


Lo' Lo', in her question, said Opposition members were also placed under the ISA although they were not involved in the alleged activities, adding one of them had yet to be released probably due to his wife's active involvement in the Abolish ISA Movement.

"If the government has proof of their activities, they should be tried in court and be given a chance to defend themselves," she added.


Hishammuddin said the ministry was reviewing the laws under its purview, including the ISA, and as long as they have yet to be amended, the existing laws remain.


The amendments would deal with four aspects namely, the 60-day-long detention, appointment of independent investigating officer, the list of threats and limiting the length of detention extension order.

Later in Parliament lobby, Hishammuddin said amendments to the ISA would be tabled in Parliament's next session, followed by other outdated laws under the ministry.


"We have 33 Acts governing the (home) minister's power. And we have old laws like the Restricted Residence Act 1933, Explosives Act 1957, Corrosive and Explosive Substances and Offensive Weapons Act 1958 and Second Hand Dealers Act 1946.


"These were necessary in those days. They were drafted during the confrontation era and emergency period when the main threat was the communists," he said.


Hishammuddin said the government was seriously listening to the stakeholders when reviewing the laws to suit current needs.


Asked whether Opposition members would also be invited to contribute their views, he said: "They should just give me their proposals because I am worried they may lack maturity and rationale in their views."


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#me : I think Dr Lo' Lo' is referring to husband to Cikgu Laila. Erm, she's avery strong lady. Its been almost 7 years (if im not mistaken) that she keep on fighting against this cruel ISA. I agree that Government concern about the safety and security of our country that sometimes you need to use this ISA to those highly case criminals. However, to misused this Act by simply detained anybody that some of our politician wanted to for the sake of their political survival? Now thats what GMI is all about. And i'm 100% with them!


Btw, this 30th June come together to Himpunan Perpaduan 100,000 Rakyat by Pakatan Rakyat at Stadium MPPJ, Kelana Jaya at 8.30 pm.

ISA antara 32 akta diteliti semula: Hishammuddin

SELAIN mengkaji dan meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerajaan turut meneliti 32 akta lain yang tidak relevan dengan keadaan semasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata antara akta yang perlu diteliti semula ialah Akta Kediaman Terhad 1933, Pencegahan Jenayah 1959, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Benda-benda Kakisan dan Letupan dan Senjata Untuk Menyerang 1958, Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959; Akta Perniagaan 'Secondhand' 1946; Akta Keadilan Jenayah 1953 dan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1960.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#me : Kita lihat sejauh mana kajian dan pindaan yang akan dilaksanakan. Kerajaan melaung-laungkan akan kaji semula ISA ni sejak tahun 2003, kini masih dengan kata-kata yang sama. Moga sinar keadilankan menyingsing kembali..

Tuesday, June 9, 2009

Satu Lagi Ancaman ke atas Manusia




Kilang memproses sisa 'Rare Earth' di Gebeng,Kuantan oleh syarikat Australia, Lynas Corp mendapat perhatian warga prihatin Kuantan dan juga Ahli Parlimennya, YB Hjh Fuziah Salleh sejak tahun lepas lagi.

Bahan sisa ini adalah beradioaktif!! Bermaksud ia mengancam kesihatan dan nyawa manusia yang berada dalam lingkungan 10km sekitar kilang tersebut. Ini kerana sisa bahan ini oleh tersebar sejauh ini. Sedangkan terdapat kawasan perumahan dalam lingkungan tersebut.

Sedutan video ini merupakan ringkasan terhadap usaha sebahagian daripada warga prhatin Kuantan yang dipimpin oleh En Siew Fook Chan dan komitinya.

Thursday, June 4, 2009

Black Coffee on Thursday!!


Friends, come and join other Malaysians wearing BLACK and have a BLACK Kopi-O at any Old Town outlet nearby your house!
Bring along your families and friends. Its a symbolic massage and also fun! Take pictures while you're there and send it to us. The most interesting picture will get a BLACK Nokia hand phone as a gift.
Try this tonight. You will be surprised by what you see ^_^

Tuesday, June 2, 2009

AN-NAKSAH..Pengajaran Buat Semua

Memperingati An-Naksah 42 tahun masjid al-Aqsa di jajah oleh rejim Zionis.

Dalam usaha untuk terus-menerus bersama perjuangan umat Islam Palestin menentang penjajahan rejim Zionis di Israel, PACE ingin mengajak rakyat Malaysia khususnya dan dunia Islam keseluruhannya memperingati tanggal 5 Jun 1967. Tarikh dimana beberapa Negara Arab telah dikalahkan oleh rejim Zionis dalam sebuah peperangan yang dirujuk sebagai perang enam hari (six day war) atau An-Naksah (kekalahan dalam bahasa Arab) yang bermula pada 5 Jun dan berakhir pada 10 Jun 1967.

Negara-negara Arab yang terdiri dari Mesir, Syria dan Jordan mengalami kekalahan yang teruk dan kemusnahan besar-besaran di tangan tentera Israel yang dibantu oleh Amerika Syarikat. Negara-negara Arab Saudi, Iraq, Maghribi, Tunisia, Sudan dan Algeria yang turut menyumbang anggota tentera dan kelengkapan tidak mampu menahan kemaraan tentera zionis. Tidak kurang dari 10,000 tentera Mesir dan 6,000 tentera Syria terbunuh di samping 400 kapalterbang pejuang berjaya dimusnahkan, sebahagian besarnya sedang berada di pengkalan udara Mesir. Hasil dari kekalahan yang memalukan ini Israel telah berjaya menawan lembah Sinai dan jalur Gaza dari Mesir, tanah tinggi Golan dari Syria dan Baitul Maqdis Timur termasuk Kota Lama di mana terdapatnya Masjid al Aqsa dari Jordan. Masjid al-Aqsa yang digempur oleh tentera Zionis telah dicemari dengan pelbagi perbuatan biadap yang tidak selayaknya ke atas mana-mana rumah ibadah dan tempat suci.

Hari ini, sudah 42 tahun rejim Zionis menduduki Baitulmaqddis dan masjid Al-Aqsa. Meskipun Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan Resolusi 242 yang memutuskan Israel mesti berundur semula ke garis hijau (green line) iaitu sempadan negara Palestin yang mereka ambil alih pada tahun 1948, namun Israel tetap berdegil dan sehingga hari ini masih lagi menduduki Tebing Barat dan mengenakan kepungan ke atas Gaza. Perjuangan membebaskan bumi Palestin khususnya masjid Al-Aqsa bukan terletak dibahu rakyat Palestin saja, tetapi menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam, bahkan seluruh masyarakat antarabangsa yang cinta kepada kedamaian dan keamanan.

Umat Islam khususnya diperingatkan bahawa Masjid Al-aqsa adalah kiblat pertama, tanah suci yang ketiga dan merupakan tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Isra’ dan Mikraj. Oleh itu perjuangan pembebasan Baitul Maqdis dan Masjid al Aqsa harus menjadi agenda utama dan terpenting dalam kehidupan umat Islam.

Walaupun serangan Israel ke atas Gaza (operasi ketenteraan yang dinamakan oleh rejim Zionis dengan kod nama Operasi Cast Lead) selama 22 hari bermula 27 Disember 2008 telah berakhir, ini tidak bermakna tanggungjawab untuk membantu rakyat Palestin telah selesai. Rakyat Gaza terus menderita akibat kepungan Zionis yang direstui oleh sekutu-sekutu utamanya khususnya Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Bahkan Negara-negara Arab khususnya Mesir masih mengambil sikap menyebelahi kepentingan entiti Zionis dengan menutup satu-satunya pintu laluan ke Gaza dari negara Mesir iaitu di Rafah. Dalam keadaan terkepung dan menderita kemusnahan akibat serangan biadap Israel, rakyat Palestin di Gaza terus terabai dan dilupakan. Di samping itu rakyat Palestin di Tebing Barat terus ditindas dengan pelbagai tindakan tidak berperikemanusiaan. Ini termasuklah pembinaan tembok pemisah di sepanjang sempandang Tebing Barat yang menyukarkan pergerakan rakyat Palestin.

Kini dengan pemilihan pucuk pimpinan baru rejim Zionis yang diterajui oleh gandingan Benjamin Netanyahu, Ehud Barak dan Avigdor Lebiermen, yang mewakili kumpulan radikal Yahudi membolehkan rejim Zionis tersebut meneruskan lagi agenda pendudukan mereka ke atas wilayah Palestin. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bukan sekadar menolak ‘two state-solution’ (penyelesaian dua negara: Palestin dan Israel) malah terus berusaha untuk menyahudikan Baitul Maqdis. Tanpa menghiraukan langsung ’teguran’ dari Amerika Syarikat-sekutu kuat Israel, Netanyahu meluluskan satu projek pembinaan penempatan Yahudi yang mengakibatkan 60,000 rumah kediaman rakyat Palestin yang terletak di timur Baitul Maqdis akan dimusnahkan. Kenyataan ini telah dikeluarkan sendiri oleh ‘The United Nations Office for the Coordination of Humanitarian Affairs( OCHA) seperti yang dilaporkan oleh Palestinian Information Center. Inilah sebahagian dari agenda jahat rejim Zionis yang sedang berlaku di bumi Palestin sekarang.

Agenda seterusnya ialah mengyahudikan Masjid Al-Aqsa. Dalam syarahan yang diberi oleh Archbishop Ataullah Hanna, dari Greeek Orthodox Jerusalem, dalam satu seminar di Jordan pada 6 Mei, beliau mengatakan:

“ The Judaification process is in full swing, and the Zionist excavations carried out under al-Aqsa Mosque of Jerusalem threaten the historic buildings”

Palestinian Information center juga turut melapurkan pada hari Sabtu, 23 Mei yang lalu, seramai 30 orang pelampau Yahudi telah menyerbu masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa dengan perlindungan dari polis Israel. Mereka membawa besama bendera Israel, memakai baju T yang mempunyai gambar ‘Menorah’ dan kuil yang hendak dibina dan menyanyikan lagu ‘ Al-Aqsa is Ours’ (Al-Aqsa kami yang punya).

Dalam satu lapuran lain yang di keluarkan pada 5 Mei oleh ‘The European Mission in Palestinian territories’ mengatakan bahawa pihak berkuasa Israel juga telah mula membina rumah ibadat Yahudi (synagogue) berdekatan dengan masjid Al-Aqsa.

Semua peristiwa yang berlaku sekarang di bumi Palestin khususnya pada masjid Al-Aqsa sepatutnya dapat menyedarkan dan menyatukan umat Islam seluruh dunia untuk bangun dan menentang rejim Zionis.

PACE menyeru negara-negara Islam dan negara-negara Arab khususnya untuk mengambil iktibar dari tragedi an-Naksah atau kekalahan semasa perang enam hari pada tanggal 5 Jun 1967. Umat Islam juga mesti mengambil langkah-langkah proaktif dan berstrategi bagi menamatkan pendudukan dan ke atas bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

PACE menyeru umat Islam supaya bangun dan melipat gandakan usaha untuk membebaskan masjid Al-Aqsa dari terus dicemari dan diancam oleh regim Zionis.

PACE juga mengajak seluruh masyarakat antarabangsa supaya menolak agenda pendudukan zionis yang menafikan hak rakyat Palestin, usaha keji mengyahudikan Baitul Maqdis dan mencemari tempat-tempat suci dan ibadah umat Islam dan agama Kristian yang telah dan sedang berlaku sehingga saat ini. PACE ingin mengingatkan seluruh masyarakat yang prihatin bahawa membiarkan regim perkauman zionis bermaharajalela di Palestin lambat-laun akan membawa implikasi yang buruk ke atas keharmonian dan kerukunan hidup masyarakat antarabangsa yang berbilang agama.


Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengarah PACE

Pusat Kecemerlangan Palestin

# Me : In the Quran said that the Palestinian is the one who will free the Al-Aqsa. But Muslim all over the world MUST pray and help them as much as they can. Al-Aqsa will always be protected by the Almighty Allah..

Monday, May 25, 2009

Mogok Lapar?

Dikongsikan sebahagian penulisan daripada seorang aktivis yang telah lama memperjuangkan hak rakyat,bersama-sama rakyat dan pernah dipenjarakan di bawah ISA kerana perjuangannya itu. Kini menjadi seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, YB Saari Sungib atau lebih mesra sebagai Pak Abu berkenaan mogok lapar..


Seorang da'ie yang ditahan tanpa bicara kerana menentang dasar pemerintah yang zalim wajib menjadikan kehidupan di penjara sebagai medan untuk terus melonjakkan perjuangan menentang kezaliman!

Mogok lapar ada asasnya daripada tindakan Abu Bakar As-Siddiq. Juga daripada tindakan Ummu Salamah! Seorang adalah sahabah besar Rasulullah s.a.w dan seorang lagi adalah salah seorang Ummahatul Mukminin.

Tindakan mereka bermogok lapar adalah penegasan dan satu langkah politik yang bijak. Mereka bukan melancarkan mogok lapar untuk mati!

Tujuan mogok lapar adalah untuk meningkatkan tekanan politik terhadap pihak yang memenjarakan anda.

Mogok lapar adalah tindakan tidak mahu makan dengan hanya meneruskan meminum air. Ada tahanan di penjara yang mogok lapar sehingga 120 hari!

Mogok lapar adalah tindakan yang paling digeruni oleh pemerintah jika dilakukan dengan syarat-syarat yang teratur.

Antara syarat utama adalah solidariti di kalangan semua tahanan yang terlibat dan juga solidariti di kalangan ahli-ahli kelurga, peguam dan rakan-rakan di luar.

Persediaan untuk memaklumkan kepada seluruh dunia rancangan mogok lapar agar mendapat liputan media yang meluas hendaklah dijalankan dengan teratur oleh ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan anda di luar.

Pastikan semua pihak terutama media dan badan-badan hak asasi manusia antarabangsa telah dihubungi beberapa bulan sebelum mogok lapar itu dilancarkan.

Pastikan juga beberapa tindakan awal telah anda lakukan sebelum melancarkan mogok lapar. Lakukan juga secara kolektif bagi menunjukkan solidariti di kalangan anda.

Tindakan awal ini mungkin berupa boikot makanan penjara atau tindakan-tindakan kecil lain yang dilakukan secara bertahap-tahap yang semuanya mesti dimaklumkan kepada jaringan media dan badan-badan hak asasi manusia antarabangsa yang telah rakan-rakan di luar hubungi. Objektif yang hendak dicapai dengan melancarkan mogok lapar itu juga hendaklah spesifik dan fokus.

Letakkan satu sahaja objektif: Dibebaskan!

Memang objektif itu tidak munasabah untuk dicapai. Pemerintah pun tidak akan tunduk untuk membebaskan anda dengan objektif seperti itu.

Apapun, objektif yang jelas seperti itu akan pasti memberi tekanan kepada pemerintah. Syarat penting juga adalah exit point. Anda mesti jelas bila, di mana dan kenapa anda dan rakan-rakan menamatkan mogok lapar anda!

Mogok lapar memerlukan satu penulisan yang khusus. Walau bagaimanapun apa yang saya paparkan ini diharap dapat memberi idea kepada da'ie TAPOL perihal pentingnya mogok lapar dalam sebuah skema tarbiyyah siyasiyah dalam penjara.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
# Me: Satu lagi kisah,
ibu kepada Sa'ad bin Abi Waqas yang mogok lapar apabila anaknya memeluk Islam, hingga Allah menurunkan ayat 15, surah Luqman:
"Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik"

Friday, May 22, 2009

Zambry declared rightful Perak MB




By LISA GOH and YENG AI CHUN

PUTRAJAYA: The Court of Appeal has declared Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir the rightful mentri besar of Perak in a unanimous decision.

It granted Zambry his appeal against an earlier High Court decision declaring Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin as the rightful mentri besar of Perak.

The three-man bench, comprising Justices Md Raus Shariff, Zainun Ali and Ahmad Maarop, heard submissions Thursday from counsel representing Nizar and Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

On May 12, Dr Zambry filed an appeal to quash High Court (Appellate and Special Powers) Justice Abdul Aziz Abdul Rahim’s ruling.

On Feb 13, Nizar had filed for a judicial review against Dr Zambry’s appointment as mentri besar, seeking a declaration that he (Nizar) was the rightful Perak mentri besar and an injunction to bar Dr Zambry from carrying out the duties of mentri besar.

On May 11, the High Court ruled in favour of Nizar, rendering Dr Zambry’s appointment null and void.

However, a day after that, the Court of Appeal granted Dr Zambry a stay of execution, allowing him to remain as mentri besar until his appeal against the High Court ruling was disposed of.

The court was also to hear Nizar’s application to set aside the stay of execution order, but had decided to hear the appeal proper first following the consent of all parties.

Security was tight at the Palace of Justice here Friday as members of the press and public gathered in large numbers.

Only 15 media passes were issued, while the rest had to use public passes. Not all managed to squeeze into the courtroom, which was standing room only.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

# Me : Decision to be expected. After this will be dissolving DUN Perak!

Older Posts